Blogger Templates

Al-QURAN BESERTA ERTI

Jumaat, 30 April 2010

ILMU....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Ibnu Abdul Barra pernah menceritakan bahawa saidina Muaz bin Jabal pernah berpesan:

"Tuntutlah ilmu, kerana orang yang menuntut ilmu KERANA ALLAH, akan menjadikannya orang yang takut kepada ALLAH. Menuntut ilmu adalah ibadah,perbincangan ilmu adalah tasbih,perbahasan mengenainya adalah jihad, mengajar orang yang tidak mengetahui merupakan sedekah..."

Muaz menjelaskan seterusnya:

"Ilmu itu menghidupkan hati yang jahil, sebagai pelita didalam kegelapan,mengangkat seseorang yang berilmu itu sehingga kepada peringkat orang yang terpilih,darjat yang tertinggi didunia dan akhirat".

**Berfikir tentang ilmu seumpama puasa,
**Berterusan dalam menuntut ilmu seumpama kiamullail,
**Dengan ilmu juga menjadikan seseorang itu mengetahui perkara-perkara yang halal
atau pun yang haram.
**Ilmu umpama imam bagi amal, amal mengikut ilmu,ilmu mengasyikkan orang yang
bahagia.Orang yang jahil pula memusuhinya.

Petikan dr "ISTIQOMAH DALAM MENUNTUT ILMU"
http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=498&Itemid=1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan