Blogger Templates

Al-QURAN BESERTA ERTI

Jumaat, 30 April 2010

ILMU....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Ibnu Abdul Barra pernah menceritakan bahawa saidina Muaz bin Jabal pernah berpesan:

"Tuntutlah ilmu, kerana orang yang menuntut ilmu KERANA ALLAH, akan menjadikannya orang yang takut kepada ALLAH. Menuntut ilmu adalah ibadah,perbincangan ilmu adalah tasbih,perbahasan mengenainya adalah jihad, mengajar orang yang tidak mengetahui merupakan sedekah..."

Muaz menjelaskan seterusnya:

"Ilmu itu menghidupkan hati yang jahil, sebagai pelita didalam kegelapan,mengangkat seseorang yang berilmu itu sehingga kepada peringkat orang yang terpilih,darjat yang tertinggi didunia dan akhirat".

**Berfikir tentang ilmu seumpama puasa,
**Berterusan dalam menuntut ilmu seumpama kiamullail,
**Dengan ilmu juga menjadikan seseorang itu mengetahui perkara-perkara yang halal
atau pun yang haram.
**Ilmu umpama imam bagi amal, amal mengikut ilmu,ilmu mengasyikkan orang yang
bahagia.Orang yang jahil pula memusuhinya.

Petikan dr "ISTIQOMAH DALAM MENUNTUT ILMU"
http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=498&Itemid=1

Selasa, 27 April 2010

TUjUH DOSa BeSaR.....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tazkirah Hari Ini: 7 Dosa Besar
Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah telah bersabda: Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu iaitu menyebabkan kamu masuk Neraka atau dilaknati oleh Allah.
Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu? Rasulullah bersabda:
1- Mensyirikkan Allah iaitu menyekutukan-Nya.
2- Melakukan perbuatan sihir.
3- Membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak.
4- Memakan harta anak yatim.
5- Memakan harta riba.
6- Lari dari medan pertempuran
7- Dan memfitnah perempuan-perempuan yang baik iaitu yang boleh dikahwini serta menjaga maruah dirinya, juga perempuan yang tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan jahat serta perempuan yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya dengan fitnah melakukan perbuatan zina. HADIS :RIWAYAT MUSLIM

( waktu maghrib :26/4/2010 : rumah mak)

Isnin, 26 April 2010

SeRiNG AKU D UJI.....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

TeMPaT JaTuH LG D KeNaNG...

BiLa SeHaRi X PaNDaNG...AKU RiNDU.....






Duaa B4...read the Al`QuRaN
Ya Allah!sinarilah penglihatanku dengan kitabMu,lapangkanlah dadaku dengannya, jadikanlah seluruh jasadku beramal dengannya, jadikan lidahku lancar dengannya, perkuatkanlah hatiku dengannya juga perkuatkanlah tulangku dengannya dan percepatkanlah pemahamanku terhadapnya dengan daya dan upaya Engkau. Sesungguhnya tiada daya dan upaya kecuali dengan Engkau. Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang.

AFTeR...(Alhamdulillah Ya Allah...thanks still give me the chance..)
ya Allah,ssungguhnya aku mohon menyimpan padaMU apa yg Engkau ajarkan kepadaku,kemudian kemblikan kepadaku sewaktu aku memerlukannya dan jgn jdkan aku mlupakanya.rahmat Allah serta ksjahteraanNYA ke atas pnghulu kami Nabi Muhammad,selaku nur yg mghlgkn kelupaan dgn chyanya,jg kpd kluarganya,dan shbt2nya.

ANTaRa KeBaiKaN DaN KeBURUKaN...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


“Kebaikan itu menyinari wajah (nur), memberi cahaya dalam hati,membuka seluas rezeki, memberi kekuatan tubuh, menambah cinta di hati. Sedangkan keburukan dan dosa itu, memberi kelam di wajah, kegelapan di dalam kubur dan di dalam hati,melemahkan tubuh, menyempitkan rezeki dan memunculkan kebencian di hati.”-Ibnu Abbas RA ...renungan bersama (4/26 at 1:46 AM)

Selasa, 20 April 2010

3 TANDA ...DAN 3 TANDA....





Di dalam Kitab Al Hikam di sebutkan, bahwa tanda-tanda seseorang mendapat taufik Allah ada tiga:
Pertama- Mudah mengerjakan amal kebaikan, padahal dia tidak berniat utnuk melakukanya.
Kedua- Saat terjerumus akan berbuat maksiat, dia selalu terhindar daripadanya.
Ketiga- Selalu terbuka baginya memerlukan pertolongan Allah.

Di dalam Kitab Al Hikam juga di sebutkan, tAnda-tanda bagi seseorang yang dihinakan oleh Allah juga ada tiga:
Pertama- Sukar melakukan ibadah padahal dia sudah berusaha sungguh-sungguh untuk mengerjakanya.
Kedua- Mudah terjerumus kedalam maksiat, padahal dia telah berusaha untuk menghindarinya.
Ketiga- Tertutupnya pintu merasa perlu kepada Allah, Sehingga dia tidak perlu berdo’a dalam segala hal. -Nau'zubillahiminzalik.. (20/04/2010..11:44AM TUESDAY, COMP LAB SKSM)

Isnin, 19 April 2010

MUWASAFAT TARBIYAH



kena list down ...n cek selalu

10 MUWASAFAT TARBIYAH

ciri2/sifat2 pndidikan

* AQIDAH YANG SEJAHTERA
* IBADAH YANG SHAHIH
* AKHLAK YANG MANTAP
* LUAS PENGETAHUAN
* SIHAT TUBUH BADAN
* MAMPU BERDIKARI
* MELAWAN NASFU
* SANGAT MENJAGA MASA
* TERSUSUN URUSANNYA
* BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN

KReATiF...





Hasil lukisan murid2 kelas 4 Arif, subjek kajian tempatan utk topik rumah tradisional n moden.. . kreatif gak memurid ni....cikgu wish good luck utk exam mid term nnt...(bulan 5 nnt)

LeBiH MeNDeKaTiMU...




(4/19/2010 1:41:22 AM): Dari Abu Hurairah ra: RasuLULLAH saw bersabda; Tidak ada sesuatu yg mengenai seorg mu'min berupa penderitaan @ kelelahan @ risau hati/fikiran melainkan semuanya itu akan menjadi penebus dosanya. Ya Quddus,jadikan kami sabar dgn ujian duniaMU.suka dgn ujianMU. dan ujianMU membuatkn kami lebh dekat dgn Diri MU

Jumaat, 16 April 2010

SeLaWaT DaN SaLaM BUaT RaSUL JuNJuNGaN..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Al-Imam al-Baihaqi al-Syafie meriwayatkan dalam kitabnya; Ma’rifah al-Sunan daripada Rasulullah SAW bahawasanya baginda pernah bersabda: Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari JUMAAT. Kata al-Syafie dalam riwayat Abu Sa’id: telah sampai kepadaku bahawa sesiapa membaca surah al-Kahf, terlindung ia dari fitnah al-Dajjal. Kata al-Syafie: dan aku suka memperbanyakkan selawat kepada Nabi SAW pada setiap keadaan (masa), adapun pada hari dan malam Jumaat, lebih-lebih lagi digalakkan. Aku juga suka tilawah surah al-Kahf pada malam dan hari Jumaat… Renung2kn & slmt b'amal..

Rabu, 14 April 2010

DOa..USaHa...TaWaKaL....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Ya Allah! Permudahkan urusanku....ameen...(sepenoh hati)

Selasa, 13 April 2010

ASaH AkaL...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



http://www.aimanku.com/tekasilangkata.html

Selasa, 6 April 2010

Isnin, 5 April 2010

MaNiSNyA RiNDu SaHaBaT BeRIMaN


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya;
'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia'"
(Shahih Muslim no. 469)

thankz....

WeLCoMe....



Murid tahun 5 arif ..belajo pasal rekabentuk dan kreativiti... masing2 tgh siapkan keje..(jawb soalan )...nnt sambung edit ...

ILmU IMaN AMaL


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sumber dr email seorg kawan ct tolhah ahmad(member kamcing maktab)

From: Shahrul Rizal Omar
To: Undisclosed-Recipient:;@invalid.domain
Sent: Fri, March 26, 2010 12:00:48 PM
Subject: Perkara yang membuatkan kita hilang ingatan dan tumpul minda





Perkara yang membuatkan kita hilang ingatan dan tumpul minda

Memakan banyak bawang besar

Memakan banyak makanan berempah

Memakan banyak ketumbar kering

Banyak berhibur (menonton hiburan, pergi pub, pusat-pusat hiburan, dll….)

Banyak membaca majalah hiburan

Banyak ketawa yang panjang atau terbahak-bahak

Banyak minuman air batu,air dalam tin(100 plus Dan lain2)

Banyak makan organ dalaman ayam


Elakkan yang berikut

Jangan makan kepala ikan

Jangan minum air yang Ada semut

Jangan tidur selepas subuh

Jangan tidur selepas asar

Jangan tidur selepas makan

Jangan makan terlalu kenyang

Jangan makan berat selepas jam 9..00 malam

Jangan menyapu rumah pada waktu malam

Jangan makan yang masam-masam berlebihan

Jangan dicampur makan laut Dan darat dalam satu hidangan

Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam


Amalkan yang berikut

Selalu makan buah manisan seperti kurma Dan lain2

Selalu makan makanan yang panas2

Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam Dan lain2

Selalu minum air masak

Selalu makan ulam2

Selalu mengamalkan pandangan hijau

Selalu bersenam

Selalu menggunakan imajenasi otak

Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya

Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai( yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif
Dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan, kerana Hanya
kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk Kegunaan Kita seharian berbanding dalam bangunan
batu ianya terlalu sedikit


Juga elakkan yang berikut

Jangan ego

Jangan dengki pada orang lain

Jangan makan dari sumber yang tidak halal

Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal

Jangan makan makanan yang Ada pewarna

Jangan makan makanan yang Ada pengawet

Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali

Jangan mandi selepas 9.00malam


......Dan yang paling penting dibawah ini..........


Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah Kita.

Jangan makan Dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana IA membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh Dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH Dan DOA makan. Nanti rezeki Kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut Kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh Dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati Kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa Dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur Dan memurahkan rezeki Kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana IA adalah ciri-ciri munafik Dan menghilangkan kasih orang kepada Kita..

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama Dan hidup di sana lebih lama Dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Khamis, 1 April 2010

SaBaR DeNGaN UJiaN...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Aeman - Cahaya Iman

Iman bagaikan emas permata
Letaknya di dalam jiwa
Kemilau warnanya bak cahaya
Menyuluh hidup seluruh manusia
Iman letaknya di hati
Suburkanlah dengan ilmu
Bajainya dengan zikrullah
Ia menunjukkan kita
jalan diredhai Allah
Imanlah harta yang paling berharga
Iman bagaikan emas permata
Letaknya di dalam jiwa
Kemilau warnanya bak cahaya
Menyuluh hidup seluruh manusia

Iman kurniaan Yang Esa
Tanpa mengira bangsa dan rupa
Memberi petunjuk ke jalan mulia
Menjadi benteng penghalang dosa
Orang yang teguh iman
Sabar dengan ujian
Di akhirat dia insan yang mulia
Imanlah harta yang paling berharga
Iman bagaikan emas permata
Letaknya di dalam jiwa
Kemilau warnanya bak cahaya
Menyuluh hidup seluruh manusia