Blogger Templates

Al-QURAN BESERTA ERTI

Rabu, 8 Disember 2010

MUKMIN YaNG KUaT LEBIH DIKaSIHI ALLAH



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: 
“Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: “Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: “Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.”
Riwayat Muslim
Huraian:
  1. Setiap mukmin itu mempunyai tingkat imannya yang tertentu di mana ada yang kuat semangatnya, ilmunya  dan kuat pula berusaha untuk mendapatkan kebaikan dalam hidup; manakala setengah yang lain pula adalah sebaliknya.
  2. Seharusnya kita berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai sesuatu di samping meminta pertolongan daripada Allah S.W.T supaya dengan ihsan-Nya Allah memberi taufik dan menjayakan segala usaha yang dilakukan itu kerana manusia walau sebijak mana dan sekuat mana pun ia, tetap berhajat kepada pertolongan dan pimpinan daripada Allah S.W.T.
  3. Demikian juga kita tidak sepatutnya bersikap malas dan malu untuk bekerja serta hanya memasang angan-angan bahawa Allah akan menyampaikan hajat kita dengan alasan Allah itu Maha Berkuasa sedangkan Allah sendiri telah menjelaskan bahawa sesuatu yang boleh diusahakan oleh manusia tidak akan berhasil melainkan setelah diusahakan sebab atau jalan untuk mencapainya.
  4. Sekiranya sesuatu usaha yang dibuat itu ditakdirkan menemui kegagalan maka kita selaku umat Islam dikehendaki menghadapinya dengan perasaan redha, tenang tenteram kerana hal tersebut pasti mengandungi hikmahnya yang tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah.
  5. Janganlah sekali-kali disebut perkataan ‘kalau’ jika mengalami kerugian atau kekecewaan kerana ia akan membuka jalan kepada hasutan syaitan yang akan menjadikan seseorang itu gelisah, marah, tidak redha kepada takdir dan ketentuan Allah Yang Maha Esa.

Jumaat, 3 Disember 2010

SaBaR La DUHaI HaTI...








"Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar...
                   dimana sabar itu sendiri...

                  memerlukan kesabaran pula.

             adapun bala dan musibah, ia menunjukkan

   adanya perhatian dan kasih sayang ALLAH


   oleh itu..., syukurilah ia kerana syukur
                                                                 yang sedemikian
                                                 setinggi-tinggi erti syukur..."

          [Imam Syafie]



Nabi bersabda :-

إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مع عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إذا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رضى فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ
Ertinya : "Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala (tahap ganjaran adalah setimpal dengan tahap kesukaran mihna’), dan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barang siapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah.” ( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul Ahwazi, 7/65 ; Albani : Hasan Sohih)



Ahad, 21 November 2010

PENIUP SEMaNGaT!!!



Perjuangan itu ibarat ranjau 
bertatah duri-duri yang mencengkam leluhur daging. 
Ditarik ia sakit, ditolak jadi nanah. 
Tapi..., 
bagi seorang pejuang,kesakitan itu..
ibarat tiupan lembut angin dari jannah dan tegukan air penyejuk tekak di padang pasir...
tinggalkan rasa duka semampumu ...krn memikul beban duka boleh membuatmu gila.
Kelmarin Tuhan telah menolongmu. Percayalah, esok pon Dia masih akan tetap mnolongmu. 
~~Imam As-Syafi'e~~ 




salam buat teman2 seperjuangan....
suke dgn petikan imam as-syafie ni...(kiriman seorg kawan karib)..
kata2 ni jd penguat dan pembangkit semangat utk teros ke sekola dlm menahan angin dingin keta dan rentasan pokok2 sawit sambil lumbe2 dgn lori2 .( Rutin seorg pejuang ilmu... )
betol ar tu ..'tinggalkan duka semampumu'...percayala Allah kan ade...rayu kat Dia je...insyAllah ...mg Allah penuhi rayuan ku
Andai mmg ini takdirnye...redho sgt2...Dia penentu pd setiap keputusan...aku patut bersyukur...Alhamdulillah, tq Allah..

Rabu, 17 November 2010

aIDIL aDHa


Selamat hari raya aidiladha. 
Semoga amalan kita diterima-Nya




"Tidak akan sampai kepada Allah itu daging dan darah qurban tetapi yang sampai 
kepada-Nya takwa dari kalangan kamu semua" 
(Surah al-hajj ayat 37)


Rabu, 3 November 2010

HAWA aNDaI DIRIMU SEORaNG....GaDIS...ISTERI...IBU...


HAWA , andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...

HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...





HAWA, lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.



Oleh itu HAWA, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

HAWA, cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki..


Khamis, 28 Oktober 2010

KaSIHNYe ALLAH PaDa KITa..


Dalam kita melangkah… Terkadang diuji dengan ujian,yang terasa berat, Hingga kita terduduk dan menangis, Peritnya terasa tetapi ketahuilah, Dan renungilah dalam diri kerana… Mungkin air mata tika itu hadir kerana… Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak, Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar, Moga tabah dan d tetapkan iman…ALLAH..ALLAH...ALLAH.

Ahad, 10 Oktober 2010




Kadang-kadang kita berdoa untuk menjadi kuat... Tapi, byk pula dugaan yang datang..
kadang2 kita minta utk mejd cerdik, tapi, masalah pula yang bertandang... 
kadang2 kita minta kebahagiaan, tetapi, huru hara pula menjelang... 


Dugaan menjadikan mental kita kuat.., 
masalah menjadikan kita berfikir.., 
huru hara menjadikan kita tabah...


SUBHANALLAH.. Betapa Hebatnya ALLAH itu.... 
semuanya ada hikmah.. Kalaulah manusia tahu hadis ini.. 
" Telah berkata Jibrail a.s: " Wahai
Tuhan, Engkau smpaikanlah hajat hambaMu, maka Allah berfirman : "
Biarkan hambaKu itu... kerana Aku mencintai rintih suaranya"..... - Anas ibn Malik r.a


Terima kasih byk..pd sahabat yg anto peringatan ni ..perkongsian dlm mencari redho 'yg maha mengasihi' .
sungguh aku hanya insan biase...pd sahabat ni..mg silaturahim ni berkekalan...
ALLAH...AllaH...ALLaH...

Isnin, 23 Ogos 2010

BILa KITa BERDUKa...


“Bila ALLAH cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu, 
“Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia mengujimu, 
“Bila Dia tidak memakbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu, 
“Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun.. 
 Kerana kasih sayang Allah itu lebih dahulu dari kemurkaanNya”


Dgn nama Allah yg maha pemurah lg maha pengasihani....salam utk semua pembaca...sedikit perkongsian kata2 motivasi utk diri sendiri dan kawan2..selagi kita berada d pentas dunia..selagi itu la ujian pasti dtg silih berganti.... kadang tu nampak kita ni cam mewah....bahagia dgn harta n keluarga..sebenar nye ade ujian Allah   dlm situasi tu....adakah kita bersyukur?..atau mungkin kita alpa dlm kebongkakan nafsu dunia....adakah Allah kan berikan sekelumit hidayah utk kita?....x kurang Allah bg ujian dlm kegagalan semasa menuntut ilmu..apakah ini tanda murka Allah pd kita?..( Allah lebeh mengetahui ..)..."La Tahzan..".......usah la gusar....
( sedih dgn musibah... tu biase la..tp jgn berlarutan..)....pape pon ...kumpulkan semula semangat kita...sangka baik pd ketentuan Allah.......Insyallah ..kehalusan titisan embunkan menerbitkan sang pelangi yg indah berseri...d awal hari..berserta sinar mentari ..tersenyum la kawan.............don't be sad.... .


Khamis, 19 Ogos 2010

SURUHaN RaSUL KPD MEREKA YG BERIMaN KPD ALLAH n HaRI aKHIR




Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah
memuliakan tamunya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka
hendaklah menghubungi - mempereratkan - kekeluargaannya dan barangsiapa yang beriman
kepada Allah dan hari akhir, maka berkatalah yang baik atau - jikalau tidak dapat - berdiam
sajalah." (Muttafaq 'alaih)

Salam pd yg sudi berkunjung..ketika hadis ini d kongsi ( d sent oleh seorg sahabat)..aku baru na mula menanda kertas..lame rasenye x berkongsi ilmu ..terima kasih buat sahabat yg bg message ni..x kisah la walau d forward dr sahabat lain..ilmu tu mmg kena d sebarkan..(d sampaikan---sampaikan la walau sepatah ayat---..)

Ahad, 25 Julai 2010

4 PERKaRa aMaLaN PaLING SUSaH D LaKUKaN



Kata Sayyidina ALI BIN ABI TALIB R.A

” Sesungguhnya amalan yang paling susah dilakukan adalah 4 perkara:


1-Memberi kemaafan ketika sedang marah.
2-Bersifat dermawan ketika susah.
3-Meninggalkan perkara haram ketika sendirian.
4-Mengatakan kebenaran kepada orang yang ditakuti.


Mmg payah na buat ni...apa tah na d jadikan amalan seumur idop...ni dr diri sendiri..mohon petunjuk n hidayah dr Allah..Pembolak balik iman ....maklumla..iman tu senipis kulit bawang...uuhhh

Ahad, 18 Julai 2010

Rejab...Syaaban dan Ramadhan




(7/15/2010 5:10:40 AM): "...REJAB bulan menabur benih, SYAABAN bulan menyiram tanaman, RAMADAN bulan menuai... REJAB menyucikan badannya, SYAABAN menyucikan hatinya, RAMADAN menyucikan rohnya... REJAB bulan taubat, SYAABAN bulan muhibbah, RAMADAN dilimpahi pahala amalan... Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya... Selamat beribadah (^^,)..." 

Rabu, 7 Julai 2010

Ayat DakWaH


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


  • Nasehat AlHabib Imam Dai'ilallah AlQutbiyah Abdullah Al-Haddad "Seseorang yang sibuk memenuhi hak Tuhannya daripada hak dirinya dan hak teman-temannya, maka dia adalah hamba yang dekat. Seseorang yang sibuk memenuhi hak dirinya daripada hak Tuhan dan hak teman-temannya, maka dia adalah hamba syahwat. Seseorang yang sibuk memenuhi hak teman-temannya daripada hak Tuhannya dan hak dirinya, maka dia adalah hamba kedudukan. Seseorang yang sibuk dengan memenuhi hak Tuhannya dan hak teman-temannya daripada hak dirinya, maka dia adalah pewaris Nabi."(Al-Imam Abdullah bin Alwi Al-Haddad). 



  • Rasulullah bersabda: Ertinya: “Orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku”. Hadis riwayat Tirmizi. 

Jumaat, 2 Julai 2010

AKIBaT TaKBUR


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


(7/1/2010 6:27:15 PM): Hadith : Dari Abdullah bin Mas’ud, katanya: ”Bersabda Rasulullah s.a.w. “ Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya seberat zarah (atom) dari sifat takbur (sombong).” Berkata seorang laki-laki: “Sesungguhnya semua orang ingin agar pakaiannya bagus dan sandalnya bagus.” Berkata Rasulullah s.a.w. “Sebenarnya Allah itu bagus dan cinta kepada kecantikan); takbur itu ialah menolak kebenaran dan tidak menghargai orang lain.” (Muslim)

Isnin, 28 Jun 2010

SeLaWaT DaN SaLaM BUaT RaSUL JuNJuNGaN..

Pernah suatu ketika..sedang Rasulullah s.a.w berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat..tiba2 bergenang air mata baginda s.a.w..Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah s.a.w..Apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar..baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya yang disebut sebagai ikhwannya..Para sahabat merasa irihati sehinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah s.a.w.."Bukankah kami ini ikhwanmu?.."Rasulullah s.a.w menjawab.."Tidak,kamu semua adalah sahabatku..ikhwanku adalah umatku yg belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku..Aku sangat rindu untuk bertemu mereka.." Sama-sama kita perbanyakkan solawat


(6/26/2010 1:05:13 AM)

Khamis, 17 Jun 2010

DOa...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Ya Allah, Ya Rabb,

Jadikan aku gadis yang mulia
Semulia diri Maryam

Jadikan aku wanita Faqihah
Sebijak minda Aisyah

Jadikan aku perempuan tabah
Sekukuh hati Asiah

Jadikan aku serikandi kebanggaan
Sehebat jiwa Sumayyah

Jadikan aku isteri solehah
Setulus hati Khadijah

Semoga aku berjaya 
Menjadi hiasan indah
Seanggun akhlak Rabiatul Adawiyyah

Jadikan aku
Perempuan dan kekasih
Idaman setiap kalbu
KecintaanMu....
 6/17 at 8:20 PM

Isnin, 14 Jun 2010

Rejab ..Sya'ban..Ramadhan



Alhamdulillah,msih bksempatan jmpa bulan yg Mulia..Antra doa yg diajar kpd kita spy dibaca pd bulan Rajab, Syaaban n Ramadhan..
Allahumma Barik lana fi Rajaba wa Sya'ban, wa Ballighna Ramadhan....
Ya Allah, Kau berkatilah kami d spnjg bulan Rajab n Sya'ban, dan Sampaikanlah kami kpd bulan Ramadhan...
Ameen.. ^_^
p'bykn amln2 sunat d smpig m'jg yg fardhu...

Selasa, 1 Jun 2010

Ahad, 23 Mei 2010

....................JaDI YG TeRBaiK........................


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


(5/19/2010 12:49:13 AM): Berkata Imam Al-Ghazali:"Jika engkau ingin mengikut jejak para Imam kuatkanlah dirimu untuk terima segala musibah, bertenang dalam menanggung kepahitan, sifat sabar terbentang dalam dadamu, lisanmu perlu dikunci,matamu dikawal, rahsiamu disembunyikan,hanya dilihat oleh Tuhan sahaja, namamu jgn terkenal,mulutmu tersenyum, perutmu lapar,hatimu luka,hindari dari terkenal, pangkatmu dipendam,setiap hari menahan perasaan pahit dari zaman dan teman,sedang hatimu menurut, siangmu sibuk berbakti kepada orang ramai, malammu rindu pada Tuhan,sepi dari pandangan, Jadikanlah ia jalan dan persiapan untuk hari Kiamat yang padanya sulit sekali mencari jalan.."

(5/19/2010 3:55:19 AM): HIDUP KITA CUMA 3 HARI:- Semalam : Sudah menjadi sejarah Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan Esok : Hari yang belum pasti Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama. Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua..-Renungn brsama

(5/17/2010 6:45:44 PM): Ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh. Maka akal boleh hilang disebabkan marah. Agama boleh hilang disebabkan dengki. M alu boleh hilang disebabkan tamak dan amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain

(5/17/2010 8:36:23 PM): Kita ini tidak diminta untuk memikirkan urusan orang lain,tapi yang diminta daripada kita adalah bagaimana kita melaksanakan tanggungjawab kita terhadap orang..-sidi rohimuddin albintaani.

Rabu, 12 Mei 2010

SalaM SaHaBaT...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



persahabatan umpama Al-Quran,semakin seseorang suke padanya,semakin ikhlas dia membacanya.semakin gembira dia mendekatinya, semakin tenang dia untuk memahaminya, semakin cinta dia kepadanya, semakin setia dia menghafaznya dan semakin itulah Al-Quran itu terlekat di hatinya sampai bila2...
(5/11/2010:11:34)

Sabda Rasulullah s.a.w :"Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya." (Riwayat Al-Tabrani)
(5/10/2010 6:48:14 PM)

Bismillah...Ya Allah, kau peliharalah temanku ini agar dia dpt manfaat dri doanya...Suburkanlah jiwanya dgn iman..hiasilah dirinya dgn ajaran Al-Quran..Kau fahamkan dia spt kefahaman Sulaiman,..Kau kurniaknlah dia kejayaan yg berkat...dunia dan akhirat Smoga dipermudahkn sgala urusan dlm kehidupan.
(5/10/2010 6:50:32 PM)

Sabtu, 8 Mei 2010

5 WaSiaT YG MAHA ESA


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W
Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :
• Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak
menjadikan dunia ini untuk engkau.
• Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
• Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
• Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada
kuasa di tangan mereka.
• Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta
qiamullail.. `SIIRU ALA BARAKATILLAH~

(5/8/2010 6:21:12 AM)

Selasa, 4 Mei 2010

Exam...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Moga Berjaya....

HaTi...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Hati yang bersih ibarat nur yg memancar dimiliki oleh insan yg benar2 meletakkan Allah dihadapan,malaikat dikiri & kanan serta matlamat islam disekelilingnya.Hati yg paling Allah kasihi ialah hati yg paling lembut trhadap saudaranya,paling bersih dlm keyakinannya dan paling cekal dlm beragama-SAIDINA ALI
-Rengit(5/3/2010 11:58:36 PM):

Jumaat, 30 April 2010

ILMU....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Ibnu Abdul Barra pernah menceritakan bahawa saidina Muaz bin Jabal pernah berpesan:

"Tuntutlah ilmu, kerana orang yang menuntut ilmu KERANA ALLAH, akan menjadikannya orang yang takut kepada ALLAH. Menuntut ilmu adalah ibadah,perbincangan ilmu adalah tasbih,perbahasan mengenainya adalah jihad, mengajar orang yang tidak mengetahui merupakan sedekah..."

Muaz menjelaskan seterusnya:

"Ilmu itu menghidupkan hati yang jahil, sebagai pelita didalam kegelapan,mengangkat seseorang yang berilmu itu sehingga kepada peringkat orang yang terpilih,darjat yang tertinggi didunia dan akhirat".

**Berfikir tentang ilmu seumpama puasa,
**Berterusan dalam menuntut ilmu seumpama kiamullail,
**Dengan ilmu juga menjadikan seseorang itu mengetahui perkara-perkara yang halal
atau pun yang haram.
**Ilmu umpama imam bagi amal, amal mengikut ilmu,ilmu mengasyikkan orang yang
bahagia.Orang yang jahil pula memusuhinya.

Petikan dr "ISTIQOMAH DALAM MENUNTUT ILMU"
http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=498&Itemid=1

Selasa, 27 April 2010

TUjUH DOSa BeSaR.....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tazkirah Hari Ini: 7 Dosa Besar
Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah telah bersabda: Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu iaitu menyebabkan kamu masuk Neraka atau dilaknati oleh Allah.
Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu? Rasulullah bersabda:
1- Mensyirikkan Allah iaitu menyekutukan-Nya.
2- Melakukan perbuatan sihir.
3- Membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak.
4- Memakan harta anak yatim.
5- Memakan harta riba.
6- Lari dari medan pertempuran
7- Dan memfitnah perempuan-perempuan yang baik iaitu yang boleh dikahwini serta menjaga maruah dirinya, juga perempuan yang tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan jahat serta perempuan yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya dengan fitnah melakukan perbuatan zina. HADIS :RIWAYAT MUSLIM

( waktu maghrib :26/4/2010 : rumah mak)

Isnin, 26 April 2010

SeRiNG AKU D UJI.....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

TeMPaT JaTuH LG D KeNaNG...

BiLa SeHaRi X PaNDaNG...AKU RiNDU.....






Duaa B4...read the Al`QuRaN
Ya Allah!sinarilah penglihatanku dengan kitabMu,lapangkanlah dadaku dengannya, jadikanlah seluruh jasadku beramal dengannya, jadikan lidahku lancar dengannya, perkuatkanlah hatiku dengannya juga perkuatkanlah tulangku dengannya dan percepatkanlah pemahamanku terhadapnya dengan daya dan upaya Engkau. Sesungguhnya tiada daya dan upaya kecuali dengan Engkau. Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang.

AFTeR...(Alhamdulillah Ya Allah...thanks still give me the chance..)
ya Allah,ssungguhnya aku mohon menyimpan padaMU apa yg Engkau ajarkan kepadaku,kemudian kemblikan kepadaku sewaktu aku memerlukannya dan jgn jdkan aku mlupakanya.rahmat Allah serta ksjahteraanNYA ke atas pnghulu kami Nabi Muhammad,selaku nur yg mghlgkn kelupaan dgn chyanya,jg kpd kluarganya,dan shbt2nya.

ANTaRa KeBaiKaN DaN KeBURUKaN...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


“Kebaikan itu menyinari wajah (nur), memberi cahaya dalam hati,membuka seluas rezeki, memberi kekuatan tubuh, menambah cinta di hati. Sedangkan keburukan dan dosa itu, memberi kelam di wajah, kegelapan di dalam kubur dan di dalam hati,melemahkan tubuh, menyempitkan rezeki dan memunculkan kebencian di hati.”-Ibnu Abbas RA ...renungan bersama (4/26 at 1:46 AM)

Selasa, 20 April 2010

3 TANDA ...DAN 3 TANDA....





Di dalam Kitab Al Hikam di sebutkan, bahwa tanda-tanda seseorang mendapat taufik Allah ada tiga:
Pertama- Mudah mengerjakan amal kebaikan, padahal dia tidak berniat utnuk melakukanya.
Kedua- Saat terjerumus akan berbuat maksiat, dia selalu terhindar daripadanya.
Ketiga- Selalu terbuka baginya memerlukan pertolongan Allah.

Di dalam Kitab Al Hikam juga di sebutkan, tAnda-tanda bagi seseorang yang dihinakan oleh Allah juga ada tiga:
Pertama- Sukar melakukan ibadah padahal dia sudah berusaha sungguh-sungguh untuk mengerjakanya.
Kedua- Mudah terjerumus kedalam maksiat, padahal dia telah berusaha untuk menghindarinya.
Ketiga- Tertutupnya pintu merasa perlu kepada Allah, Sehingga dia tidak perlu berdo’a dalam segala hal. -Nau'zubillahiminzalik.. (20/04/2010..11:44AM TUESDAY, COMP LAB SKSM)

Isnin, 19 April 2010

MUWASAFAT TARBIYAH



kena list down ...n cek selalu

10 MUWASAFAT TARBIYAH

ciri2/sifat2 pndidikan

* AQIDAH YANG SEJAHTERA
* IBADAH YANG SHAHIH
* AKHLAK YANG MANTAP
* LUAS PENGETAHUAN
* SIHAT TUBUH BADAN
* MAMPU BERDIKARI
* MELAWAN NASFU
* SANGAT MENJAGA MASA
* TERSUSUN URUSANNYA
* BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN

KReATiF...





Hasil lukisan murid2 kelas 4 Arif, subjek kajian tempatan utk topik rumah tradisional n moden.. . kreatif gak memurid ni....cikgu wish good luck utk exam mid term nnt...(bulan 5 nnt)

LeBiH MeNDeKaTiMU...




(4/19/2010 1:41:22 AM): Dari Abu Hurairah ra: RasuLULLAH saw bersabda; Tidak ada sesuatu yg mengenai seorg mu'min berupa penderitaan @ kelelahan @ risau hati/fikiran melainkan semuanya itu akan menjadi penebus dosanya. Ya Quddus,jadikan kami sabar dgn ujian duniaMU.suka dgn ujianMU. dan ujianMU membuatkn kami lebh dekat dgn Diri MU

Jumaat, 16 April 2010

SeLaWaT DaN SaLaM BUaT RaSUL JuNJuNGaN..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Al-Imam al-Baihaqi al-Syafie meriwayatkan dalam kitabnya; Ma’rifah al-Sunan daripada Rasulullah SAW bahawasanya baginda pernah bersabda: Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari JUMAAT. Kata al-Syafie dalam riwayat Abu Sa’id: telah sampai kepadaku bahawa sesiapa membaca surah al-Kahf, terlindung ia dari fitnah al-Dajjal. Kata al-Syafie: dan aku suka memperbanyakkan selawat kepada Nabi SAW pada setiap keadaan (masa), adapun pada hari dan malam Jumaat, lebih-lebih lagi digalakkan. Aku juga suka tilawah surah al-Kahf pada malam dan hari Jumaat… Renung2kn & slmt b'amal..

Rabu, 14 April 2010

DOa..USaHa...TaWaKaL....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Ya Allah! Permudahkan urusanku....ameen...(sepenoh hati)

Selasa, 13 April 2010

ASaH AkaL...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



http://www.aimanku.com/tekasilangkata.html

Selasa, 6 April 2010

Isnin, 5 April 2010

MaNiSNyA RiNDu SaHaBaT BeRIMaN


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya;
'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia'"
(Shahih Muslim no. 469)

thankz....

WeLCoMe....



Murid tahun 5 arif ..belajo pasal rekabentuk dan kreativiti... masing2 tgh siapkan keje..(jawb soalan )...nnt sambung edit ...