Blogger Templates

Al-QURAN BESERTA ERTI

Rabu, 8 Disember 2010

MUKMIN YaNG KUaT LEBIH DIKaSIHI ALLAH



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: 
“Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: “Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: “Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.”
Riwayat Muslim
Huraian:
  1. Setiap mukmin itu mempunyai tingkat imannya yang tertentu di mana ada yang kuat semangatnya, ilmunya  dan kuat pula berusaha untuk mendapatkan kebaikan dalam hidup; manakala setengah yang lain pula adalah sebaliknya.
  2. Seharusnya kita berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai sesuatu di samping meminta pertolongan daripada Allah S.W.T supaya dengan ihsan-Nya Allah memberi taufik dan menjayakan segala usaha yang dilakukan itu kerana manusia walau sebijak mana dan sekuat mana pun ia, tetap berhajat kepada pertolongan dan pimpinan daripada Allah S.W.T.
  3. Demikian juga kita tidak sepatutnya bersikap malas dan malu untuk bekerja serta hanya memasang angan-angan bahawa Allah akan menyampaikan hajat kita dengan alasan Allah itu Maha Berkuasa sedangkan Allah sendiri telah menjelaskan bahawa sesuatu yang boleh diusahakan oleh manusia tidak akan berhasil melainkan setelah diusahakan sebab atau jalan untuk mencapainya.
  4. Sekiranya sesuatu usaha yang dibuat itu ditakdirkan menemui kegagalan maka kita selaku umat Islam dikehendaki menghadapinya dengan perasaan redha, tenang tenteram kerana hal tersebut pasti mengandungi hikmahnya yang tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah.
  5. Janganlah sekali-kali disebut perkataan ‘kalau’ jika mengalami kerugian atau kekecewaan kerana ia akan membuka jalan kepada hasutan syaitan yang akan menjadikan seseorang itu gelisah, marah, tidak redha kepada takdir dan ketentuan Allah Yang Maha Esa.

Jumaat, 3 Disember 2010

SaBaR La DUHaI HaTI...








"Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar...
                   dimana sabar itu sendiri...

                  memerlukan kesabaran pula.

             adapun bala dan musibah, ia menunjukkan

   adanya perhatian dan kasih sayang ALLAH


   oleh itu..., syukurilah ia kerana syukur
                                                                 yang sedemikian
                                                 setinggi-tinggi erti syukur..."

          [Imam Syafie]



Nabi bersabda :-

إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مع عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إذا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رضى فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ
Ertinya : "Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala (tahap ganjaran adalah setimpal dengan tahap kesukaran mihna’), dan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barang siapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah.” ( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul Ahwazi, 7/65 ; Albani : Hasan Sohih)



Ahad, 21 November 2010

PENIUP SEMaNGaT!!!



Perjuangan itu ibarat ranjau 
bertatah duri-duri yang mencengkam leluhur daging. 
Ditarik ia sakit, ditolak jadi nanah. 
Tapi..., 
bagi seorang pejuang,kesakitan itu..
ibarat tiupan lembut angin dari jannah dan tegukan air penyejuk tekak di padang pasir...
tinggalkan rasa duka semampumu ...krn memikul beban duka boleh membuatmu gila.
Kelmarin Tuhan telah menolongmu. Percayalah, esok pon Dia masih akan tetap mnolongmu. 
~~Imam As-Syafi'e~~ 




salam buat teman2 seperjuangan....
suke dgn petikan imam as-syafie ni...(kiriman seorg kawan karib)..
kata2 ni jd penguat dan pembangkit semangat utk teros ke sekola dlm menahan angin dingin keta dan rentasan pokok2 sawit sambil lumbe2 dgn lori2 .( Rutin seorg pejuang ilmu... )
betol ar tu ..'tinggalkan duka semampumu'...percayala Allah kan ade...rayu kat Dia je...insyAllah ...mg Allah penuhi rayuan ku
Andai mmg ini takdirnye...redho sgt2...Dia penentu pd setiap keputusan...aku patut bersyukur...Alhamdulillah, tq Allah..

Rabu, 17 November 2010

aIDIL aDHa


Selamat hari raya aidiladha. 
Semoga amalan kita diterima-Nya




"Tidak akan sampai kepada Allah itu daging dan darah qurban tetapi yang sampai 
kepada-Nya takwa dari kalangan kamu semua" 
(Surah al-hajj ayat 37)


Rabu, 3 November 2010

HAWA aNDaI DIRIMU SEORaNG....GaDIS...ISTERI...IBU...


HAWA , andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...

HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...





HAWA, lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.



Oleh itu HAWA, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

HAWA, cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki..


Khamis, 28 Oktober 2010

KaSIHNYe ALLAH PaDa KITa..


Dalam kita melangkah… Terkadang diuji dengan ujian,yang terasa berat, Hingga kita terduduk dan menangis, Peritnya terasa tetapi ketahuilah, Dan renungilah dalam diri kerana… Mungkin air mata tika itu hadir kerana… Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak, Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar, Moga tabah dan d tetapkan iman…ALLAH..ALLAH...ALLAH.

Ahad, 10 Oktober 2010




Kadang-kadang kita berdoa untuk menjadi kuat... Tapi, byk pula dugaan yang datang..
kadang2 kita minta utk mejd cerdik, tapi, masalah pula yang bertandang... 
kadang2 kita minta kebahagiaan, tetapi, huru hara pula menjelang... 


Dugaan menjadikan mental kita kuat.., 
masalah menjadikan kita berfikir.., 
huru hara menjadikan kita tabah...


SUBHANALLAH.. Betapa Hebatnya ALLAH itu.... 
semuanya ada hikmah.. Kalaulah manusia tahu hadis ini.. 
" Telah berkata Jibrail a.s: " Wahai
Tuhan, Engkau smpaikanlah hajat hambaMu, maka Allah berfirman : "
Biarkan hambaKu itu... kerana Aku mencintai rintih suaranya"..... - Anas ibn Malik r.a


Terima kasih byk..pd sahabat yg anto peringatan ni ..perkongsian dlm mencari redho 'yg maha mengasihi' .
sungguh aku hanya insan biase...pd sahabat ni..mg silaturahim ni berkekalan...
ALLAH...AllaH...ALLaH...