Pernah suatu ketika..sedang
Rasulullah s.a.w berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat..tiba2 bergenang air mata
baginda s.a.w..Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah
Rasulullah s.a.w..Apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar..baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya yang disebut sebagai ikhwannya..Para sahabat merasa irihati sehinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya
Rasulullah s.a.w.."Bukankah kami ini ikhwanmu?..
"Rasulullah s.a.w menjawab.."Tidak,kamu semua adalah sahabatku..ikhwanku adalah umatku yg belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku..Aku sangat rindu untuk bertemu mereka.." Sama-sama kita perbanyakkan solawat
(6/26/2010 1:05:13 AM)