Blogger Templates

Al-QURAN BESERTA ERTI

Sabtu, 23 April 2011

NiLaI SEBUaH KETaBaHaN...




JANGAN KECEWA DGN MASALAH HARI INI ...

SEHINGGA TERLUPA AKAN KEBAHAGIAAN HARI ESOK..
.
KERANA MUNGKIN ESOK ALLAH AKAN MENYEDIAKAN SEBUAH KEBAHAGIAAN

 UNTUKMU SEBAGAI HADIAH KETABAHAN HARI INI..

Rabu, 20 April 2011

KEKURaNGaN DaN KELEBIHaN.








"Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi.


          Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.

 Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu."

Jumaat, 18 Mac 2011

Al-QURAN







Saat Anda membawa Al-Qur'an, setan biasa2 saja. 
Saat Anda membukanya, setan mulai curiga. 
Saat Anda membacanya, ia gelisah. 
Saat Anda memahaminya, ia kejang2. 
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari. ia stroke. Terus baca & amalkn agar setan stroke total, jantungan bahkan mati. 


Ketika anda ingin menyebarkan pesan ini, setan pun mencegahnya. 
Setan bilang "ga usah SEBARIN, ga penting kok!" 
                         ~~SEBARKAN~~




Baca hingga ke akhir nafasku...ameen ya Rabb...utk sahabat terpilih,
syukrun...syukrun... 

Khamis, 17 Mac 2011

CINTa TERaGUNG




Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda:
“Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah:
 “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu
dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan
aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu.
 Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.
” Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.”
 (HR Tirmidzi 3412)

Syukrun sahabat ...

Khamis, 10 Mac 2011

La TaHZaN...




Doa ketika dukacita dan sedih 


Maksudnya:


Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku. "

Sayu nye hati bile merindu...rindu CINTA NAN ABADI ..rindu kekasih..kekasih CINTA NAN ABADI..

Ahad, 6 Mac 2011

aBOUT DHUHa





Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani. 

1)Sabda Nabi Muhammad saw yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra dalam hadis:
Ertinya:"Siapa saja yg dapat mengerjakan Solat dhuha dgn kekal, akan diampunkan dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu sebanyak busa lautan" 


2)Sabda Rasulullah:"Berpaga-pagi tiap2 anggota dari seorang kamu boleh menghasilkan sedekah. Maka tiap2 tasbih sedekah, tiap2 tahmid sedekah, tiap2 tahlil sedekah, tiap takbir sedekah, menyuruh orng berbuat baik sedekah, melarang orng buat jahat sedekah dan memadailah dari semua itu  oleh dua rakaat yg kami solat dhuha." 

 
Doa solat dhuha. 





Maksudnya:

"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, 

kecantikannya adalah kecantikanMu, 
keindahan itu keindahanMu, 
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.


Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, 

dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, 

jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh." 


Rabu, 8 Disember 2010

MUKMIN YaNG KUaT LEBIH DIKaSIHI ALLAH



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: 
“Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: “Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: “Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.”
Riwayat Muslim
Huraian:
  1. Setiap mukmin itu mempunyai tingkat imannya yang tertentu di mana ada yang kuat semangatnya, ilmunya  dan kuat pula berusaha untuk mendapatkan kebaikan dalam hidup; manakala setengah yang lain pula adalah sebaliknya.
  2. Seharusnya kita berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai sesuatu di samping meminta pertolongan daripada Allah S.W.T supaya dengan ihsan-Nya Allah memberi taufik dan menjayakan segala usaha yang dilakukan itu kerana manusia walau sebijak mana dan sekuat mana pun ia, tetap berhajat kepada pertolongan dan pimpinan daripada Allah S.W.T.
  3. Demikian juga kita tidak sepatutnya bersikap malas dan malu untuk bekerja serta hanya memasang angan-angan bahawa Allah akan menyampaikan hajat kita dengan alasan Allah itu Maha Berkuasa sedangkan Allah sendiri telah menjelaskan bahawa sesuatu yang boleh diusahakan oleh manusia tidak akan berhasil melainkan setelah diusahakan sebab atau jalan untuk mencapainya.
  4. Sekiranya sesuatu usaha yang dibuat itu ditakdirkan menemui kegagalan maka kita selaku umat Islam dikehendaki menghadapinya dengan perasaan redha, tenang tenteram kerana hal tersebut pasti mengandungi hikmahnya yang tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah.
  5. Janganlah sekali-kali disebut perkataan ‘kalau’ jika mengalami kerugian atau kekecewaan kerana ia akan membuka jalan kepada hasutan syaitan yang akan menjadikan seseorang itu gelisah, marah, tidak redha kepada takdir dan ketentuan Allah Yang Maha Esa.